Wednesday, June 27, 2012

Cerita Satu Malam

Jalanan

Aku dah mula rasa, seluar yang aku pakai setiap kali bertemu kanda perlu ditukar ganti gara-gara aku kerap terkencing bila digeletek oleh kanda. Gila! Kejam sungguh kanda setiap kali bergurau denganku. Masakan tidak? Sering kali aku kenakan kanda dalam setiap senda-gurauan, dengan pantasnya kanda membalas. Ya, kanda tahu dimana kelemahanku. Bahagia itu terhinggap dek senda-gurau kita, gelak-tawa kita yang memecah heningan kota jalanan dan luahan mesra rasa cinta kita yang tak pernah lekang dalam perhubungan. Aku bahagia kita begini. Penuh gelak tawa yang tak pernah pudar. Rasa rindu yang tak pernah lenyap. Asmara yang semakin hari makin berputik mekar dan cinta yang semakin meluas terhampar. Kita bahagia!


"Kanda tahu tak apa perasaan dinda bila tengok apa yang dah jadi dalam WhatsApp bila dinda tak ada dekat office siang tadi?" soalku pada kanda memulakan bicara. Kanda mengangguk, masih bagi ruang untuk aku menyambung.


"Diorang kata dinda tak gantung List Kuih? Gila ke?! Dinda pun tak tahulah yang dinda tak boleh kerja hari ini! Takkan HR tak beritahu diorang yang dinda tak masuk office? Diorang tu tak ada otak ke? Tak boleh fikir ke? Kalau dinda beritahu yang dinda nak cuti, maknanya dinda ada 'plan' nak cuti. Ini dinda bukan 'plan'. Ini 'emergency'!" sambungku panjang lebar. Seperti biasa, kanda juga tempat aku meluah perasaan.


Satu persatu kanda menasihati aku. Tenang. Kanda bijak mengawal perasaan aku ini. Satu persatu strategi kanda beri. Aku masih lagi dalam emosi. Darah mendidih. Nafas turun naik. Laju berdegup. Ya, kali ini aku marah pada segelintir rakan sepejabat. Nampak BODOH dan aku benar-benar ingin majikan aku sendiri lihat  dimana situasi yang buat aku sering dipersalahkan!


"Macam itu dinda nak kerja lama? Bukan salah dinda pun diorang kata itu salah dinda! Dinda penatlah kanda. Dinda tak pernah ada masalah dengan kerja, malah dinda suka bekerja dalam office itu tapi disebabkan masalah-masalah macam tadilah yang buat dinda rasa tak tahan. Kanda nampak, bukan?" jelasku satu persatu pada kanda. Kanda mengangguk.


Aku suka kanda disisi. Aku suka kanda sentiasa ada disamping walau apa situasi aku sekali pun. Aku tenang bila kanda ada. Emosi aku terkawal dek pujukan dan kelembutan tutur kata kanda. Kanda itu penunjang hidupku. Kanda juga peniup semangat aku. Kanda turutkan apa yang aku mahu. Kanda tenangkan jiwa amarahku. Kanda lakukan segalanya untuk aku. Kanda matang dalam segala aspek. Itu yang paling penting. Andai tiada kanda, kepanasan emosi aku ini mungkin jadi belerang peletup dunia!
Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......