Wednesday, April 18, 2012

BAHAYA "BUBBLE TEA" DALAM MINUMAN ADALAH KHABAR ANGIN?

Jalanan







APA ITU BUBBLE TEA?

Sekarang ni kalau korang tengok dekat kedai-kedai minuman kiosk, kadang-kala ada minuman yang diletakkan biji-biji kenyal berwarna hitam ke dalam minuman susu, teh atau jus-jus buah-buahan. Ada juga Bubble Tea yang berwarna-warni. Itulah dia Bubble Tea atau dalam Bahasa Melayunya Gelembung Teh. Bubble Tea juga dikenali sebagai "Black Pearl", Mutiara Teh Susu dan Teh Boba. Ala-ala macam Sagu rupanya tapi lebih kenyal.


KESAN BUBBLE TEA TERHADAP KESIHATAN?

Intipati Susu adalah bahan utama pembuatan Bubble Tea. Dikatakan, sepuluh cawan susu segar tidak dapat menandingi rasa satu sudu teh Inti pati Susu. Ramuan utama Intipati Susu adalah Hygrogenated Minyak Sayuran iaitu sejenis transfat. Pakar-pakar berkata bahawa segelas 500ml Bubble Tea sehari adalah melebihi had yang dibenarkan kerana kandungan transfat untuk setiap orang adalah hanya 2 gram sehari. Hygrogenated Minyak Sayuran dalam Intipati Susu berkenaan mengandungi bahan-bahan kimia seperti Surih Arsenik, Plumbum, Tembaga, dan banyak mineral berbahaya yang akan membawa kepada penyakit jantung dan pembuluh darah, Barah, Asma, memjejaskan IQ kanak-kanak dan lain-lain kombinasi penyakit yang merbahaya.


Memakan Bubble Tea adalah sama seperti memakan bahan plastik kerana Bubble Tea juga dibuat daripada serbuk Casava (Ubi Kayu) yang boleh membawa kepada keracunan Sianida. Untuk membuat Ubi kayu dalam pembuatan Bubble Tea lebih "bergetah", Protein Sekoi (Mullet) sejenis Bedak Plastik Tiruan ditambah untuk menjadikan Bubble Tea lebih kenyal dan bergetah. Bedak Plastik Tiruan ini tidak boleh dihadam dan diserap oleh tubuh badan kerana PLASTIK adalah TOKSIK.. Ia akan kekal di dalam badan dan akan meninggalkan kesan pada kesihatan dalam jangkamasa yang lama. Bayangkanlah apa yang akan berlaku pada kesihatan anda selepas penggunaan transfat dan plastik yang berpanjangan dalam tubuh!



SEJAUH MANAKAH KEBENARAN FAKTA-FAKTA DI ATAS?

1. Sebenarnya, Bubble Tea boleh dibuat sama ada menggunakan SUSU mahupun AIR SOYA. Jika dibuat daripada SUSU, bermakna ia mengandungi Protein Susu, Gula, Susu, Minyak Sayuran dan Maltodekstrin. Jika ia jenis bukan tenusu, maka ia diperbuat daripada SUSU SOYA DEHIDRASI!

2. Minyak Sayuran yang digunakan biasanya adalah Minyak Kelapa Sawit. Sebahagian daripada Proses Hidrogenasi adalah untuk menghalang Pengoksidaan, maka tiadalah kehadiran LEMAK TRANS.

3. Trans Lemak merujuk kepada Minyak Sayur-sayuran sebahagian-hydrogenated dan bukan minyak sayur hydrogenated sepenuhnya. Jika ia sepenuhnya Proses Hidrogenasi, maka ia menjadi Lemak Tepu, TIDAK TRANSFAT.

4. Menurut pakar-pakar, sebenarnya TIADA HAD SELAMAT bagi lemak trans dalam tubuh manusia.

5. Tiada bukti bahawa wangian dari Intipati Susu yang diperoleh daripada bahan kimia itu dibuat daripada Arsenik, Plumbum, Tembaga, dan lain-lain bahan kimia berbahaya. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang ahli kimia untuk mengetahui bahawa ianya mustahil untuk menggabungkan arsenik, plumbum dan tembaga ke dalam satu sebatian kimia.

6. Jika ia benar bahawa Intipati Susu mengandungi plumbum, maka ia boleh mengurangkan IQ semua orang yang meminumnya, namun tidak pula disebut penyebab gejala-gejala lain yang disebabkan oleh keracunan plumbum. Sudah tentu, anda akan minum banyak Intipati Susu tercemar dengan plumbum.

8. Bola ubi kayu sememangnya mempunyai tekstur bergetah dan kenyal seperti biji-biji Sagu, jadi ia tidak perlu ditambah Protein Sekoi untuk menjadikan ia bergetah. Sebenarnya, Protein Sekoi (Bahan Plastik Tiruan) yang digunakan untuk membuat Bubble Tea "bergetah" adalah BUKAN BERSIFAT KENYAL MAHUPUN BERGETAH!

9. Plastik secara logiknya adalah LEBIH RINGAN dari Ubi Kayu. Sekiranya ditambah bahan plastik dalam Ubi Kayu bagi pembuatam Bubble Tea, Bubble Tea tersebut akan terapung namun apa yang kita lihat kini, Bubble Tea itu tenggelam dan berat!

10. Plastik juga dikatakan tidak boleh dihadamkan dan tidak dapat diserap. Hakikatnya, Plastik akan keluar dari badan manusia melalui Proses Pembuangan dalam najis manusia!






.
Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......